~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, August 28, 2011

punca nabila bercerai, elyana dapat baby perempuan

1 insan terpilih
assalamualaikum..

seperti yang semua sedia maklum yang nabila huda anak kepada amy search ingin bercerai..tetapi kita semua tidak tahu apa sebabnya. nabila mengatakan yang suaminya tidak salah malah sangat baik melayan dia dan anak-anak.

tapi apakah sebabnya sehingga memaksa nabila ingin bercerai?? masih tidak bersyukurkah dia setelah mendapat suami yang baik?? dalam surat khabar hari ini mengatakan yang nabila ada orang ketiga..siapakah dia??

sekarang pun sudah kecoh dengan tweet yang di lakukan oleh mak tiri nabila. kandungan tweet tersebut seolah-olah ditujukan kepada nabila..adakah mak tiri nabila sudah mengamuk?? sama-samalah kita berdoa supaya nabila dan suami berdamai demi anak mereka..keisha laila..lagipun di bulan puasa dan dah nak raya ini, mintak maaflah di atas segala kekhilafan..okay!


sekarang kita masuk mood happy pulak ea. petang semalam penyanyi elyana dan suaminya khairul telah pun mendapat anak perempuan. elyana telah selamat bersalin anak pertama mereka! tahniah di ucapkan kepada elyana dan khairul..

memang comel..sekali pandang macam muka suami dia..dua kali pandang macam muka elyana pulak..huhu..minggu lepas aku ada jumpa dengan elyana dan suaminya masa aku bekerja dekat mph. memang time tu dah besar dan sarat perut elyana tu. dan diorang sangat romantik okay! hehe




.......

P/S: NAK MINTAK TOLONG KAWAN-KAWAN VOTE ME BY LIKE THIS PICTURE YA!! MEKASIHH.. <3

sibuk sambut hari raya sampai terlupa nak sambut merdeka

0 insan terpilih

Selamat hari raya
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

....

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah


dum dam dum dam dom bunyi mercun sana sini..wahh meriah! meriah jahh! yang bangsa lain sambut merdeka, manakala umat islam sambut raya!  baru fair and square kann..semua sambut beramai-ramai...bila dah dua perayaan di sambut serentak, alamatnya jalan jammed punyalah kan?? aiyya, lebih baik duduk rumah sambut depan tv lagi syiokk kan..huhu

tapi yang aku herannya kenapa macam tak ada suasana nak sambut merdeka je ni.? sekarang pun aku tengok dah berkurangan kereta mengibarkan jalur gemilang tu. ini mesti kes semua nak sambut raya kan..kalau camtu, kibar daun ketupatlah, amacam? hehe

tapi, bangsa lain tak sambut raya pun, tapi kenapa diorang takada inisiatif nak sambut merdeka dengan kibarkan bendera samada dekat rumah ke kenderaan masing-masing ke..ataupun diorang sudah lupa? ataupun diorang ini tak ada semangat langsung? isyy ini kes serius ini..

kalau dulu bukan main lagi berlawan-lawan kereta siapa paling banyak bendera..siap nak masuk dalam Malaysia Book Of Record je kan..adakah semua semangat tu dah luntur? bila aku tengok dekat sepanjang jalan raya pun macam dan berkurang bendera..lampu ketupat lip lap pun macam tak ada..pelita lagilah jangan cakap..taknampak satu apa pun..


tapi aku pasti ini mesti kes sebab duduk kat bandar kan. so suasana itu tak meriah langsung macam kat kampung..sebab apa aku cakap macam itu, dulu masa aku belajar dekat Segamat, Johor sempat jugaklah aku berpuasa dekat sana tok 3 tahun, so punyalah meriah dan excited nyer nak balik raya bila tengok semua rumah-rumah kat situ dipenuhi dengan pelita..seronok giler tau..


kalau time merdeka jangan cakaplah kan, penuh bendera diorang kibarkan..bersemangat betul, kat tiang lampu, pokok, tiang rumah, jambatan, bangunan, bas, basikal, semua kibarkan bendera..hehe


tapi bila kat sini, susahnya nak jumpa, nak kata kat bandar ini tak ada jual pelita tak jugak. nak kata tak ada jual bendera pun tak jugak..berlambak je dekat Giant ke Tesco ke..tapi tak ada orang beli ke? ataupun cuma buat hiasan dalam stor je? pelita dah macam-macam fesyen, ada yang bertangkai, ada yang tegak berdiri, tapi still tak tercacak depan rumah..


hurm, aku harap hari-hari mendatang, semangat untuk sambut merdeka atau raya akan lebih meriah..janganlah bezakan kita duduk di bandar so tiada masa nak buat persiapan sebab sibuk bekerja. lagipun ramai jugak orang bandar sambut raya kat bandar kan. kalau tak ada persiapan dan perhiasan macam ni, mana nak datang feel raya ke merdeka ke kan..
macam apa yang aku rasakan sekarang, tak ada feel..baju raya pun tak ada lagi..hehe..

p/s: lepas ini nak kena carik balik mana pelita mak aku sorokkan..bunga api dah lama tak main, sebab tak ada supplier..hehe..lagipun sekarang lagi 6 hari nak sambut raya kan..so dah tergolong dalam 7 likur..mana tahu boleh dapat keberkatan malam Lailatulqadar ke..Insyaallah..





kempen merdeka 2011-hiaskan blog dan web anda!

0 insan terpilih


    Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

    Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.

    Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

    Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai. 

    Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
    Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
    Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
    Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
    Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

    Syarat penyertaan:

    1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

    2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

    3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

    4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

    5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

    6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

    7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

    8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

    9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

    10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan. 

    11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

    12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

antara web/blog yang sudah menyertai



                                                                                                                          


wahh!! ramai giler blogger yang dah join..semuanya cantik-cantik belaka!! tak ada can lah aku nak menang..lagi-lagi aku bukannya pandai nak menghias-hias ini..maunya makan masa satu minggu..tau-tau tarikh pun dah tamat..huhu

antara kenderaan yang menyertai:

                                                          




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA