~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, August 10, 2011

pertama kali makan nasi kerabu..mantap dan power!

assalamualaikum..adoii tekak aku makin perit rasanya ini, rasa macam nak keluar anak tekak lepas tu rendam bagi lembut sikit. suara dah naik kasar dah ni. mungkin sebab aku dah jarang minum air masak itu sebab dia jadi macam ni.

mana taknya, bulan puasa ini, bila nak beli juadah berbuka mesti bila dekat bazaar kat. bila dah pergi bazaar kena beli 1 pakej, maksudnya makanan, minuman dan pencuci mulut. bila sampai bab nak pilih minuman, rasa macam semua aku nak bawak beli, semua nampak macam terliuq je. 

bila dah rembat air manis tiap hari, itu sebab suara aku dah nak jadi macam Ramli Sarip..ahaha..pedih-pedih woo..selalu nye bila ku pergi bazaar dengan kawan sekerja mesti dah pikir dulu nak makan apa, so bila kat sana kena fokus apa yang di target jelah kan.

nak di jadikan cerita, semalam aku tak plan apa-apa pun. tak tahu nak makan apa sebab rasa macam dah bosan pulak. last-last kawan aku itu suggest suruh makan nasi kerabu. aku ini pulak manalah pernah makan nasi kerabu tu seumur hidup di muka bumi ini. nak makan pun tak tahu, walaupun hanya buka mulut dan ngap saja kan. huhu


tapi bila semua orang dah pekena nasi kerabu itu, dan kawan dari sarawak pun cakap sedap giler, aku pun test jelah beli. aku pilih makan dengan ayam rempah walaupun ada pilihan samada nak ikan goreng atau daging liat tu.

so bila aku dah makan, memang superb lah!! tak sangka aku sesedap itu rupanya. macam rasa laksam pun ada. hehe..sampai licin aku makan tau. patutlah kedai yang aku beli nasi kerabu ini selalu ramai orang beratur, rupanya memang sedap dan meletopp..huhu..esoknya, aku decide nak makan lagi nasi kerabu buat kali kedua dalam hidup aku. hhehehe.. ('-')

kepada mereka yang nak pekena nasi kerabu yang memang hot, mantap, hebat dan power ini bolehlah singgah di bazaar stadium malawati shah alam okay. kedai dia di hujung skali, lorong nombor dua. hehe..promote sekejap..okay, selamat berpuasa!!

1 insan terpilih:

Amirul Amin said...

best woo nasik kerabu..tambah2 ada budu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA