Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk menjuarai kali pertama Kejohanan Badminton Dunia selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 pada final di Arena Wembley, sebentar tadi.
Kedua-dua musuh ketat itu mempamerkan permainan mantap dengan Chong Wei menang set pertama tetapi Lin Dan menyamakan set untuk mengheret permainan penentuan ke 'rubber set'. Set ketiga atau penentuan agak tegang dengan kedua-dua pemain saling merapatkan kedudukan mata.
Nampaknya kehebatan Lin Dan memang tiada tandingnya ..kalau dalam arena badiminton dua nama besar ini selalu di jodohkan di gelanggang, manakala bagi skuasy pula datuk Nicol david sentiasa menjadi pilihan utama. GO GO MALAYSIA!
moga lepas ini akan ada pelapis baru bagi sukan badminton supaya dapat menggantikan tempat datuk lee chong wei yang mungkin akan bersara selepas ini atas faktor usia..apa apa pun, Malaysia tetap NO 1..!!
0 insan terpilih:
Post a Comment