Assalamualaikum..
hari ini aku cuti so aku senang hati..cuma bila aku tengok isi dalam dompet aku, terus aku bersedih hati..huwawawa...mana nak cari duit ni..duit dah habis, nak beli apa yang aku suka pun tak boleh..alamatnya ada jugak yang pakai baju raya lama nanti..huhu..sedihh mak tauu..
hurm, lagi beberapa hari sahaja aku akan berhenti kerja di MPH GIANT SHAH ALAM. rasa macam sedih pulak nak tinggalkan kawan-kawan kat situ. walaupun aku cuma 3 bulan dekat situ, tapi dah macam 3 tahun rasanya. tup tup minggu ini aku dah kena berhenti..
banyak pengalaman yang aku dah berjaya kutip sepanjang aku kerja dekat sana. memang berbaloi aku kerja, sebab banyak benda dah aku belajar. benda yang tak tahu terus jadi tahu. melayan customer yang berbagai ragam. ada yang kerek, ada yang baik, ada yang sombong, nak cepatlah, nak marah-marahlah, semuanya aku dah pernah jumpa. tapi semua itu dapat di kawal dengan baik..
tapi aku tetap layan mereka semua sama rata, kena layan baik-baik mana tahu salah seorang itu jodoh kita ke, mak atau pak mertua kita ke, so kenalah sopan kan..hehe..berlakon je lebih cik sheila ini..kawan-kawan kat tempat kerja pun baik-baik je semua. semua layan aku macam aku ini adik-adik diorang..haha..tapi ada jugak yang suke buli..huhu semua tu kenangan yang tak akan aku lupakan.
sepanjang aku bekerja, aku jugak belajar macam mana nak dapat keyakinan depan orang ramai, how to handle situation, our emotion and yang paling penting sikap team work.
tapi dalam banyak-banyak kenangan, benda yang aku takkan lupa adalah kena kacau dengan pekerja dekat dalam giant tu. samada abang yang jual pizza canadian ke, yang suka sangat kenyit mata kat aku sambil senyum-senyum, atau abang foodcourt yang dah cam aku sebab aku selalu beli nasi sweet sour dekat dia. kalau aku datang kedai dia mesti dia cakap, sweet sour satu..hehe..macam tau-tau je..
takpun dengan anei mamak jual air. kalau lalu depan kedai dia mesti dia cakap teh tarik satu..hehe..sebab dulu sebelum puasa kalau pagi-pagi aku mesti beli teh tarik dekat dia. ataupun abang 3 beradik yang jual popia sedaappp bangat tu..pantang aku lalu mesti diorang senyum- senyum kambing...
kalau salah sorang tak perasan aku, mesti sorang lagi bagitahu dekat abang atau adik dia yang aku datang beli popia..tak pun jeling-jeling pandang aku..hehe..lawak betullah..tapi pernah jugak aku dapat murah sebab selalu beli popia diorang..kira macam regular customer lah..hurm lepas ini dah xdapat aku nak makan popia sedap diorang tu sehingga menjilat jari..huhu
ataupun dengan abang ke adik ntah yang kerja dekat kedai penapis air Hai-O itu. kalau aku lalu depan kedai dia nak pergi surau, mesti dia senyum kat aku. aku pun senyum jelah. senyum kan satu sedekah. kalau tak senyum kata sombong pulak. tak pun aku selalu menonong je jalan buat-buat tak nampak kedai diorang tu semua. hehe..
lepas ini, dah tak dapatlah aku kena kacau diorang lagi..huhu..gatal jugak aku kan..bukan apa, rasa seronok pulak. rasa macam diri ini di terima masyarakat. aku layan orang lain semua baik-baik so semua orang akan layan aku baik jugak..itu yang aku suka..huhu..tapi tak dalah layan terlebih-lebih sampai nak menggedik pulak. nanti diorang cakap aku perempuan tak tahu malu lah. kang ada jugak perempuan lain jeles dekat aku tak pasal-pasal..huhu
0 insan terpilih:
Post a Comment