~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, August 1, 2011

mohd ashraf @ aleesha tidak sempat bertaubat sudah meninggal dunia

assalamualaikum..first of all selamat berpuasa kepada semua bloggers. hari ini abang-abang, akak-akak dan adik-adik berbuka apa ea?? mesti kenyang bangat sampai perut dah bertambah seinci ke depan kan?? hehe

sambil aku menaip entry kali ini, sambil itu jugaklah aku menyuapkan tepung pelita ke mulut ku..hehe..tadi nak makan masa berbuka tak sempat sebab aku kena kerja. so nak tak nak kena sambung balik makan bila dah habis kerja..hehe

actually aku nak cerita pasal kes lelaki yang ingin mengubah identiti ke perempuan. aku pasti mesti semua orang dah heboh dan tahu pasal kes ini kan. siapa lagi kalau bukan Mohd Ashraff yang ingin bertukar kepada Aleesha Farhana.


actually, masa aku baca surat khabar hari ahad lepas, aku agak terkejut sebenarnya bila dapat tahu dia sudah meninggal dunia. sebab macam tiba-tiba sahaja kan. memanglah dia bukan artis ke apa, tapi ikutkan aku mengikuti kes dia ni jugak, so bila baca berita pemergian dia akibat sakit jantung dan tekanan darah rendah tiba-tiba aku rasa sebak.

aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat bila dapat tahu dia dah tak ada. bukan apa, aku rasa sedih sebab dia tak dapat nak bertaubat dengan perbuatan dia. sebab itu aku rasa kasihan dan sebak. memang rasa macam nak nangis time tu. 


walaupun aku tak ada talian persaudaraan, tapi aku ada talian agama dengan dia iaitu Agama Islam. jadi aku sebagai saudara seislam berasa sedih bila melihat dia pergi dengan tidak sempat untuk bertaubat. nampaknya segala amalan dan perlakuan yang dia lakukan akan di balas di akhirat kelak dan itu semua adalah kerja Allah swt.


jadi aku nak beri nasihat kepada sesiapa yang ingin mengikut jejak langkah beliau adalah di harapkan untuk berhenti. mungkin kita tak akan terima balasan di dunia tapi akan terima balasan di akhirat kelak. bukan kuasa kita untuk tetapkan hukuman kepada sesorang tetapi hanya Tuhan seorang sahaja yang berhak memberi hukuman yang seadilnya.

jadi, di bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita membuat kebaikan dan berkejar-kejar mengutip pahala. sifat tamak dalam mengutip pahala bukan perkara yang salah, tetapi amat di perlukan dalam setiap insan dan umat manusia. dengan itu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. assalamualaikum.

1 insan terpilih:

Cheritera Kami said...

harap2 dia dah bertaubat sebelum dia menghembuskan nafasnya yg terakhir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA