assalamualaikum...
hari ini duduk rumah macam biasa..aktiviti yang biasa di lakukan oleh seorang penanam anggur..rutin yang sama..cuma hari ini rajin sikit sebab aku tolong pakcik cat rumah..warna kuning tuuuu...warna di raja..huwawa..raja apa?? raja kapoorr....
tahun ini semangat untuk sambut raya macam tak ada jer..apa taknya, minggu depan dah nak raya, tapi aku still tak ada baju..how come this could happen?? satu family aku tak ada baju lagi..arghh..!! boleh tak kalau tak nak sambut raya?? aku nak terperap je dalam rumah, tutup pintu dengan gate sebab tak nak bagi orang datang beraya..hahaha..kejam tak??
dah macam-macam tempat aku pergi nak cari baju, tapi semuanya tak berkenan di hati..bila dah suka dan tertarik, tengok harga makk aii tak berpatutan langsung..lagi satu yang aku tensionnya bila tengok design baju tu..dah macam tahun 80 an punya baju jer sume..tak da ke yang cantik sikit..
ke aku ini yang cerewet sangat dalam pilih baju..hurmm tapi tak salah jugak kan..aku ini sebagai orang perempuan mestilah nak nampak cantik walaupun aku ini tak cantik pon..huhu..so, dengan adanya baju yang cantik, so dapatlah menutupi diri aku yang serba kekurangan ini..cewahhh
korang semua dah ada baju raya ke belum?? mesti dah berpasang-pasnag dalam almari itu kan?? syokklah korang..aku nak beli pun kena tengok ongkos nyer dulu..kalau tak, larilah bajet tahun ini..sebab itulah sampai sekarang aku tak ada baju raya..nampaknya ada jugak yang pakai baju raya tahun lepas ini..huhuhu..
tapi kalau aku pakai tahun lepas pun apa salahnya kan..sebab raya pertama aku dekat rumah, raya kedua pun sama jugak..cuma raya ketiga aku akan berada di kampung sebab time tu ada reunion untuk family belah arwah punya atokk..so, sepupu dua pupu papat semua akan ada time tu..yang tak kenal pun boleh kenal..ntah-ntah ada jugak kawan aku yang rupa-rupanya sepupu papat aku jugak..huhuhu..segan den..
p/s: segan dan malu jugak nak pergi reunion family tu, sebab takut nanti diorang sisihkan kitaorang ke, tak pun tak kenal ke..tapi ada jugak antara diorang yang aku tak kenal..and di jangka 400 lebih jugak orang yang akan hadir..wahhh meriah-meriahh..
2 insan terpilih:
hehe. same je dengan zai sheila. pegi beli baju susah sgt nak berkenan. sekarang ni trend baju corak lame2 kot... pening~
aip, reunion kat rembau eh?
tau xpe..semuanya nak cotton..boleh dikatakan semua kedai jual baju yg same..huhu..aah reunion kat rembau..t terjumpalah dekwan..
Post a Comment