assalamaualaikum.. sebenarnya aku musykil sekarang ini bulan puasa ke akhir tahun. sebabnya depan rumah sewa yang aku duduk ini diorang ada buat khemah banyak-banyak. aku rasa dah jadi macam uptown pun ada.
kalau nak tahu, rumah sewa aku berdepan dengan stadium shah alam yang dekat dengan giant shah alam tu. aku ingatkan diorang buat bazaar ramadhan ke apa. tapi pelik pulak sebab dia bukak sampai tengah malam.
yang buat aku geram, diorang melalak dengan berkaraoke sampai ke tengah malam tak henti-henti. kita ini dah la di bulan ramadhan so, hormatlah sikit. ini tak melalak macam serigala tengah malam buta. cubalah di buat berzikir ke apa.
itulah sebabnya bila siang semua berpuasa so tak boleh lah nak berkaraoke ke buat apa-apa yang tak berfaedah. bila dah berbuka, masing-masing macam cacing kepanasan. nak melepaskan gian ke apa.
aku harap sangat pihak berkuasa dapat pantau aktiviti apa yang mereka buat itu sebenarnya. sebabnya macam tak berfaedah dan tak sepatutnya aje buat aktiviti karaoke yang sangat kuat bunyinya di bulan ramadhan ini. buat malu je lah. hahadoii
0 insan terpilih:
Post a Comment