assalamualaikum, jawab-jawab cepat! nanti kena rotan kang baru tau..('-')..macam mana puasa hari ini kawan-kawan? okay tak? pejam celik dah seminggu kita semua berpuasa. alhamdulillah aku masih lagi berpuasa, harap-harap tak kantoilah ea.hehe
hari ini aku nak cerita pasal rumate aku. 4 hari lepas dia demam teruk. aku rasa badan dia pun memang panas sangat. sampai boleh masak telur..betapa panasnya kan. so, dia start kena demam bila terkena hujan masa nak balik dari bazaar. bila dah kena demam sekali terus demam teruk pulak. aku pun risau tengok sebab dia tak makan apa pun.
so, aku dengan akak kat tempat kerja decide nak bawak dia pergi klinik sebab memang tak kebah-kebah. takut nanti jadi makin teruk pulak. yelah dia pun bila makan selalu je muntah balik, so dalam badan dah tak ada apa-apa.
lepas aku dengan akak tu berbuka puasa, kitaorang bawak dia pergi klinik dekat seksyen 2. bila doktor dah check, dia suruh aku masuk bilik itu, so aku yang risau kenapa tetiba doktor panggil aku teruskan jugaklah ke bilik doktor tu.
then, doktor cakap yang kitaorang kena bawa dia pergi hospital klang secepat mungkin sebab dia dah suspek denggi! atoyaii, aku risau dah sebab mungkinkah aku akan kena juga. doktor tu nasihat aku paksa kawan aku minum 100 plus 2 botol besar. and spray bilik setiap masa.
aku pun yekan jelah, then kitaorang terus pergi hospital. nasib baik aku ada, so akulah yang tunjukkan jalan. diorang semua bukan orang klang, so tak tahu jalan sangat.
kitaorang sampai hospital besar klang dalam pukul 9.30 malam, lepas dah daftar rumate aku kena ambil darah. dia yang tak pernah alami benda itu macam takut sikit lah, tapi nasib baik ada akak tu yang temankan dia dalam bilik rawatan. aku pulak duduk dekat luar menunggu berita..hehe
mula-mula doktor cakap datang lagi setengah jam, nanti dia bagi result. so kitaorang decidelah pergi kantin minum air kejap. bila dah cukup setengah jam, dia masuk bilik rawatan tu semula nak ambil result, sekali doktor itu cakap datang esok. result tak keluar lagi..
ini yang aku geram dengan hospital kerajaan ini. suka nak menyusahkan orang. dah la kita ni duduk jauh, epas tu nak suruh datang tiap-tiap ari pulak. ingat tak ada kerja lain ke. selalu bagi servis lambat. haiiyya
bila esoknye rumate aku pergi hospital, still tak dapat lagi resultnye. darah pulak asyik kena ambil, suhu makin meningkat dekat 40 darjah celcius, tekanan darah makin rendah. itu pun still tak mahu tahan kat wad. pelik betul aku. then, dia suruh refer dekat klinik kesihatan seksyen 7. dari klinik suruh refer hospital, dari hospital suruh refer klinik balik. lagi sekali aku pelik..isy.
sekarang ini dia nak balik kampung dia kat perak. nak refer hospital tapah. senang sebab mak dengan ayah dia kerja sana. so diorang boleh tengokkan apa-apa hal. itupun doktor kat sini cakap tak payah pergi hospital sana. pergi klinik je. lagi sekali aku pelik. diorang ini tengah main game ke. kita yang sakit nak pergi hospital, doktor pulak cakap pergi klinik. sukahati kitalah. isy.
oklah, dah panjang bebenor aku menaip nie. kang tak ada siapa nak baca..haha..anyway, aku harap rumate aku itu sihat lah. aku pun sekarang kena hati-hati sebab tekak aku pulak macam nak sakit. mintak tak ada apa-apa. jauhkanlah aku dari penyakit. aminn
2 insan terpilih:
aduh..semoga rakan tu cepat baik dan kembali menikmati Ramadhan yang da masuk hari 9 ni..amin
kena ada medical card la bro, kena g swasta jgk bru cepat..
Post a Comment