~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, August 26, 2011

muka comel, badan cute, tapi pelahap

assalamualaikum, salam sejahtera..

hari ini dapat berbuka dekat luar dengan family..soo syiookk! my aunty punya ofiss ada buat buka puasa dekat Klang Executive Center..so, kitaorang means mak, akak, adik and me pun join sekaki setangan jugaklah..bukan selalu kan dapat berbuka dekat luar..peluang ini tak akan aku lepaskan..lagi-lagi bab makan..yezz!

sampai sana pukul 7 petang. kalau nak tahu, kitaorang makan tepi kolam renang tau! sambil menunggu waktu berbuka, kami jamu mata tengok budak-budak belajar berenang. tapi tak boleh tengok lebih-lebih, takut terbatal puasa pulak.

lagi berapa minit aje nak berbuka, kami pun mulalah melangkah kan kaki ke meja-meja buffet yang tersedia dengan pelbagai juadah makanan yang pada dasarnya nampak sedap, tapi bila dah makan tak tahulah sedap ke tak.

punyalah banyak makanan yang ada, dan mulalah nafsu makan menguasai otak sampaikan semua benda nak di kaut. kalaulah pinggan itu besar, seboleh-bolehnya nak penuhkan. bukan aje nak penuhkan, tapi siap nak buat gunung berapi lagi tingginya..aii nafsu-nafsuu..

so, aku pun tak terkecualilah dari di belenggu dengan nafsu..semua benda kalau boleh aku nak ambil, tapi bila pikirkan, cukup-cukuplah tu, nanti tak habis membazir je kan..aku cuma aambil apa yang nampak menarik sahaja..tapi itu pun hampir membina lombong dekat pinggan..haha

bila dah berbuka, apalagi tadah tangan doa dipinta untuk berbuka puasa. lepas tu, ngap-ngapp lah semua makanan yang ada dalam pinggan..! boleh dikatakan 20 minit untuk menghabiskan makanan dalam pinggan aku. dasyat kan! walaupun banyak, tapi still licin tau pinggan! tengok perutlah kan..bukan tong ea..huhu

lepas dah start makan entre (makanan utama), kenalah makan dessert pulak kan. so, aku dengan adik pun mulalah bangun dari kerusi untuk bergerak ke tempat dessert. so, apa dessert pilihan kami?? bukan puding, bukan buahan bukan juga kuih muih..tapii aiskrim!! hahaha..memang kanak-kanak ribena lah kan makan aiskrim scoop-scoop tu..

lepas dah licin semua pinggan, mangkuk dan cawan yang dah bergelas-gelas tu, aku pun mulalah sambar sate yang dah lama di ambil oleh adik aku. sambil orang lain dah tersandar akibat kekenyangan, yang aku ini pulak mulut tak habis-habis mengunyah..sampai semua orang kat meja tu perasan. daripada banyak sate atas meja tu, semua aku bantai habiskan..

lepas tu, mulalah kawan aunty aku dengan family dia yang duduk semeja dengan kitaorang menganjing aku, suruh habiskan sate yang dia ambil. hahaha..memang dah tak leh masuklah kan dalam perut..huhu..malu den, harap muka je comel, badan je cute tapi kuat makan! aiyya

p/s: oklah, gambar-gambar semua akan ku upload esok ea..malam ni tak sempat nak letak..hehe

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA