~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, August 20, 2011

2011 tahun untuk lelaki bernama Ashraff

assalamualaikum..

alhamdulillah, malam ini dapat jugak aku membuat satu entry baru untuk di baca blogger di luar sana. aku tahu dan sedar bahawa banyak di antara entry aku yang merepek, dan tidak sedap di baca. tapi, aku hanya seorang blogger dan bukannya novelis yang bijak menyusun kata..cewahh seriuss je ayat aku kan..hehe

malam ini aku nak story biskut merry cecah aiskrim pasal insan bernama Ashraff..siapakah Ashraff?? adakah diorang seorang pelakon, penyanyi ataupun pelawak antarabangsa?? who's Ashraff? what so special about this name?? hehe.. jangan kalut ye, sat lagi aku bagi tahu siapakah Ashraff yang aku nak cerita sangat ini.

mula-mula aku nak bercerita tentang Allahyarham Mohamad Ashraff yang mana kes mengenai arwah sangat kontroversi mengalahkan kontroversi artis popular kat malaysia ini. kes arwah adalah di mana beliau ingin menukuar nama asal beliau kepada Aleesha Farhana..punyalah sedap nama dia nak tukar kan..


sebelum ini arwah telah melakukan pembedahan jantina di Thailand dan berharap permohonan untuk menukar identiti beliau kepada perempuan di kad pengenalan akan berjaya sebab beliau ingin melanjutkan pelajaran di kolej.

bagaimanapun, permohonan itu telah di tolak oleh mahkamah walaupun pelbagai rayuan sudah di buat. malangnya, pada 30 julai 2011, beliau telah di sahkan meninggal dunia setelah mengalami kompilasi pada jantung dan tekanan darah rendah. berita mengenai kematian beliau sangat mengejutkan dan aku benar-benar rasa sedih sebab mungkin arwah tidak sempat bertaubat dengan apa yang dia telah lakukan.

okay, stop cerita bab sedih, now aku nak masuk bab Ashraff yang kedua iaitu Ashraff Haziq..siapa pula dia ni?? Ashraff Haziq merupakan pelajar Malaysia yang telah di rompak dan di pukul di London semasa rusuhan berlaku. video mengenai bagaimana beliau di rompak telah pun tersebar di Youtube dan di tonton berjuta-juta rakyat seluruh dunia.


sekali gus, Ashraff Haziq sudah persis selebriti di sana. semua sudah mengenali beliau sehingga ramai wartawan berkerumun untuk mendapatkan berita terbaru. dan baru-baru ini Ashraff Haziq telah membuat sidang akhbar mengenai hal yang berlaku.



ramai wartawan dan rakyat di luar sana kagum dengan semangat dan sikap Ashraff yang sangat merendah diri dan tidak berdendam. itulah penangan agama islam yang sentiasa menyuruh umatnya jangan berdendam dengan orang lain dan bersedia untuk memaafkan sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sentiasa memaafkan umatnya. 

selain itu, Ashraff Haziq juga telah mendapat bantuan melebihi rm 30k berkat bantuan daripada orang ramai di London, Britain. dan ramai yang mengundi wang itu akan di gunakan oleh keluarga beliau untuk membeli tiket kapal terbang untuk melawat Ashraff di London.

keluarga Ashraff menyatakan yang mereka akan membawa anak mereka kembali ke Malaysia dan belajar di sini, namun di tolak oleh Ashraff sendiri kerana insiden itu tak pernah melumpuhkan semangat beliau untuk terus belajar. oleh sebab itu, ramai yang telah memuji sikap Ashraff Haziq termasuk perdana menteri Britain sendiri.

okay, itu sahaja kisah mengenai Asharff di tahun 2011..ayat dalam entry ini pun macam skema je kan. boleh jadi journalist tak agak-agak?? hehe..macam-macam cerita mengenai rakyat Malaysia ini yang seantero dunia sudah tahu..ada yang baik dan ada juga yang buruk. di harapkan masyarakat di luar sana memandang kita rakyat malaysia sebagai rakyat dan manusia yang penuh berhemah, bersopan dan berbudi pekerti..Insyallah..

p/s: tahun 2011 musim lelaki bernama Ashraff, tahun depan agaknya siapa ea?? huhu


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA