assalamualaikum..
sekarang dekat rumah, dan lagi beberapa hari sahaja lagi umat islam akan menyambut puasa..aku yang sampai la ni masih tak da baju raya lagi..mood raya jangan cakaplah..macam tak rasa aje..dulu sebelum berhenti kerja aku ada menanamkan hasrat nak belajar memasak..tapi entah kenapa banyak sangat benda menghasut aku sampai sekarang tak mula-mula lagi belajar..tapi niat tu dah ada kira okaylah kan..hehe
bila dah duduk rumah, terperap je tak ada kerja. so apa yang aku buat?? masa aku bekerja, aku ada cakap yang aku ada hobi baru iaitu baca novel..entah dah berapa puluh tahun aku tak pegang novel, tetiba ada hati pulak nak baca. bila dah baca, tak boleh nak berhenti..kena teruskan baca novel yang lain pulak..
tapi aku baca novel hanya untuk menghilangkan kebosonan je..yelah, sekarang ini kalau cuti bukan selalu keluar pun. and aku boleh kira dengan jari kaki, tak sampai 5 kali aku keluar sepanjang 4 bulan bercuti ini..tapi kalau dengan family itu lain ceritalah kan..itu memang wajib..hehe
di sebabkan aku dah berhenti kerja, so tak dapatlah aku nak pinjam novel kat kedai lagi. nak beli pulak mahal. gaji tak dapat lagi..so benda yang aku mampu beli ialah buku komik LAWAK KAMPUS!! haha..korang mesti gelakkan aku kan. dah besar panjang tapi baca komik lagi..
lawak kampus jilid 1
tapi serius weii kalau korang baca komik LAWAK KAMPUS ini mesti korang jadi addict lah..tak boleh nak stop..lagi-lagi buku komik ini ada banyak jilid..and sekarang dah sampai jilid 10..aku pulak baru beli sampai jilid 4..yang selebihnya tunggu dapat gajilah..huhu
bila baca komik ini terus hilang segala kebosanan dan ketensionan..serius aku tak tipu tau..korang pun trylah baca..memanglah kadang-kadang itu lawak bodoh, tapi apa salahnya baca kan..buku komik ini pun dah femes giler..dulu ada customer beli punyalah banyak komik sampai beratus ringgit habis..dapat pulak emak yang sporting menggalakkan anak dia baca..haha
yang ini KEITH, pelukis buku lawak kampus.
so, kalau korang tengah cari hobi baru, aku sarankan korang bacalah komik atau novel sebagai hobi..membaca kan amalam mulia..hehe..dan jangan lupa pergilah ke MPH Giant Stadium Shah Alam sebab dekat sana ada banyak komik dan novel terbaru..hehe..promote sekejap pulak..
p/s: lepas ini dah ada hobi baru..nak kumpul komik pulak lahh..hehe..amacam okay tak hobi ini??
0 insan terpilih:
Post a Comment